Powered By Blogger

WELCOME IN MYBLOG,SETA WIRIAWAN

SELAMAT DATANG

Jumat, 28 Desember 2007

Macam-macam bencana alam yang telah terjadi di indonesia




Pada 26 Desember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.
Mangsa gempa bumi dan tsunami
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak akan dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.



Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.



Gempa bumi Jawa Julai 2006

Sebuah gempa bumi sebesar 7.7 di skala Richter telah melanda pulau Jawa sekitar pukul 08:24 UTC (? waktu tempatan) pada 17 Julai 2006 yang telah berlaku di lautan di bahagian selatan Jawa. Gempa bumi ini menyebabkan tsunami setinggi tiga meter yang telah memusnahkan tempat-tempat tinggal di pesisiran pantai selatan Jawa dan membunuh sekurang-kurangnya 105 orang. 127 lagi dilaporkan hilang. Tinjauan Kajibumi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan gempa bumi berpusat di 9.295° S 107.347° E, 48.6 km di bawah dasar laut. Ia berada sekitar 225 km (140 mil) timur laut Pulau Krismas, 240 km (150 mil) tenggara Tasikmalaya, Indonesia, dan 358 km (222 mil) selatan Jakarta.
//
Anggaran mangsa
Menurut seorang jurucakap dari Kementerian Kesihatan Indonesia, kira-kira 450 orang telah tercedera, 52,700 orang kehilangan rumah-rumah mereka dan 140 masih hilang.
Sekurang-kurangnya tiga warga bukan Indonesia termasuk di dalam senarai mereka yang meninggal dunia, termasuk seorang warga Belanda, Sweden dan Pakistan.Kementerian Luar Sweden melaporkan bahawa dua orang kanak-kanak Sweden yang sedang bercuti bersama keluarga mereka juga dilaporkan hilang.

Gempa susulan
USGS merekodkan sekitar 22 gempa susulan di selatan Jawa yang dianggarkan berada di antara 4.8 dan 6.1 skala Richter; dua daripada gempa tersebut adalah 6.0 dan 6.1.
Tsunami
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami setinggi tiga meter yang telah merosakkan tempat kediaman di pesisiran selatan pantai Jawa dan membunuh sekurang-kurangnya 341 orang dan dilaporkan 229 lagi hilang.
Tsunami telah melanda kawasan perkampungan tepi pantai seperti Cipatujuh dan di Pangandaran, di selatan Bandung. Kerosakkan yang banyak telah dilaporkan di tempat peranginan pantai di Pangandaran. Beribu-ribu pelawat yang sedang bercuti di sana telah melarikan diri ke kawasan tinggi apabila tsunami melanda.
Tsunami tidak menjejas kawasan serantau
Berikutan gempa bumi ini, Agensi Kajicuaca dan Geofizika Indonesia menyatakan bahawa "ada kemungkinan bahawa tsunami lokal akan melanda kawasan pesisiran pantai yang terletak sekitar 100 kilometer dari pusat gempa bumi" mendandakan ketidakmungkinan sebuah tsunami skala besar akan berlaku seperti yang terjadi pada 26 Disember 2004. Meskipun begitu, India mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan Kepulauan Andaman yang terletak di Teluk Bengal. Kawasan ini telah mengalami kerosakkan yang teruk akibat tsunami yang melanda mereka pada 26 Disember 2004. Amaran juga telah dikeluarkan untuk Pulau Krismas, namun laporan polis mengatakan bahawa tiada kerosakan yang dialamai di pulau tersebut. Amaran juga telah dikeluarkan untuk Daerah Kimberly di Australia Barat.
Laporan dari saksi
Seorang penduduk dari Pangalengan mengatakan bahawa gelombang ombak telah datang ke arah pantai dengan kelajuan 40 kilometer sejam. Beliau juga menyatakan bahawa tsunami adalah sekurang-kurangnya "lima meter tinggi". Ramai nelayan tempatan ditakuti terbunuh akibat gelomabng besar itu.
Tiada sistem amaran untuk tsunami
Edi Prihantoro, seorang pegawai dari Kementerian Penyelidikan dan Teknologi yang menyelia sistem amaran tsunami di Indonesia menyatakan bahawa kawasan selatan Jawa tidak memiliki sistem yang memberi amaran akan kedatangan tsunami.
Sebagai sebahagian daripada projek lima tahun untuk memasang alat pelampung tsunami di sekitar kepulauan Indonesia, kerajaan itu telah meletakkan dua alat tersebut di samping pulau Sumatra tahun lalu. Bagaimanapun, apabila ditanya berapa banyak alat pelampung itu dapat digunakan, Prihantoro menjawab: "Tiada." Seterusnya beliau mengatakan, "Kita perlukan sekurang-kurangnya 22 alat pelampung untuk meliputi seluruh Indonesia. Kita telah menerima dua dari Jerman dan mereka telah dikeluarkan untuk penggunaan beberapa bulan yang lepas. Bagaimanapun, kedua-dua mereka kini telah rosak sekarang." Kedua-dua alat itu telah ditarik balik dan satu masih menunggu untuk dibaiki.
Menteri Sains dan Teknologi Indonesia, Kusmayanto Kadiman, menngesahkan bahawa Indonesia telah menerima surat siaran rasmi dari Pusat Amaran Tsunami di Hawaii dan Agensi Kajicuaca Jepun dua puluh minit sebelim tsunami pertama berlaku, tetapi mereka sedang terlalu sibuk memerhatikan kejutan lanjuran gempa bumi hingga tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Evakuasi
Sekurang-kurangnya 23,000 orang telah meninggalkan kawasan pesisiran pantai kerana bimbang tsunami akan bertindak semula atau rumah mereka telah musnah akibat tsunami tersebut

Tidak ada komentar: